Search This Blog

Saturday, April 15, 2017

DILEMA SEORANG BAKER

DILEMA HARGA: BERAT VS SAIZ



Assalamualaikum uolss. Sedikit perkongsian dari akak ya....
Bila customer tanya akak, "saya nak beli kek berat 1kg brp hengget?"
"Maaf, akak tak jual kek ikut berat, tapi ikut size. Sebab lain jenis kek lain berat walaupun saiz sama.
Contoh saiz 8" diameter permukaan & 4.5" tinggi +/- :
Sponge cake 1kg
Moist choc 1.5kg
Red velvet 1.6kg

Ini berat kek aje, belum masuk salut krim dan deko. Bila dah siap semua akan jadi lebih berat lagi.

Contoh
Sponge cake (kek aje) 1kg
Salut dgn fresh cream akan jadi 1.3kg
Kalau salut dgn buttercream akan jadi 1.5kg
Kalau salut dgn cream cheese akan jadi 1.8kg
Haaa ni penambahan berat pada salut krim aje. Kalau curah pula dgn mirror glaze, ada gumpaste sana sini, ada edible image, ada buah strawberry bagai, mau juga naik 200-700g lagi tu.


Jadi harga pun berbeza2 juga tengok pada saiz, jenis kek, jenis filling, jenis salut, deko macam mana dan penambahan bahan2 lain.
Kebiasaannya standard size kek bermula size 8". Jika nak yang lebih besar ada macam2 pilihan size dan juga bentuk, bulat ke.. petak ke.."

Agak panjang penerangan akak tu. Tapi itu la yang akak akan inform customer2 akak. Akak juga akan beritahu anggaran berapa orang boleh makan untuk mudahkan customer.
Akak faham yang sebenarnya orang dulu2 dah terbiasa sebab dodulu semua kek pun asasnya sponge cake. Tu sebab pakai berat kilo. Laa ni dah macam2 fesyen..
Akak harap semua customer2 faham apa yang akak sampaikan ini ye. Peace..
✌✌✌ 😉😉😉


INSTAGRAM : @masnashop_bakehouse / @heavenlydessertsbyna 
FACEBOOK : Bigboss Nurul 
WHATSAPP : +601110292447

Friday, April 14, 2017

SUPRISE DELIVERY



Assalamualaikum uolss. Sihat hari ni? Alhamdulillah akak sihat.. heee ok. Hari ni akak nak share 1 servis yang x putus2 customer minta daripada akak iaitu Suprise Delivery untuk kesayangan uolss. x kiralah suprise apa pun akak buat tau! Bawah ni antara contoh2 nya ye.






Pihak akak akan buat delivery sampai depan pintu rumah / pejabat uolss tau. Memang suprise habis kesayangan uols tu tau! Siap menangis pun ada sebab dapat suprise tiba2 kan. huuu. Harga bergantung kepada jenis kek & pakej flowers bouquet yang macam mana. Nak harga bajet, akak buat stail bajet. Nak mewah, akak buat stail mewah. pilihan tu semua uols tentukan, akak tunaikan aje..

ANY TYPE OF CAKES + (FLOWERS + CHOCOLATE BOUQUET) + BALLOON


DETAILS YANG DIPERLUKAN :

  1. JENIS KEK
  2. JENIS BUNGA & COKLAT
  3. TARIKH, MASA & TEMPAT
  4. NAMA & ALAMAT



WHATSAPP : +601110292447 (NURUL)
INSTAGRAM : @masnashop_bakehouse / @heavenlydessertsbyna 
FACEBOOK : Bigboss Nurul 




Friday, April 7, 2017

WEDDING CAKE

Assalamualaikum semua. Hari ni akak nak share produk akak yang selalu membuatkan akak gemuruh bila nak siapkannya iaitu Kek Kahwin bertingkat2 ni. Akak takut tersenget lah, takut jatuh & x tahu nak stack macam mana. Now dah x dah, nervous sikit je.. hahaha. Akak belajar cara yang betul & pelbagai teknik. Alhamdulillah akak berjaya. Taraaa ni lah hasilnya uolsss.









Akak suka buat kek kahwin guna Kek Coklat / Kek Butter sebab mudah & senang handle. Customer2 akak boleh je nak request kek lain.. tapi yang akak reti jela.. hehehe. Macam kek atas ni, Choc cake layered Choc ganache covered Custard buttercream. Seriously memang so sedap uolss. uols juga boleh request nak bertingkat2 or 1 tingkat je. Akak inform awal2 untuk kek 3 tier macam atas ni dalam rm450 ke atas bergantung pada deko yang uols nak. If nak deko lebih2, kos pun lebih2 juga la..huu. 







Gambar2 Kek Kahwin selebihnya akan akak upload di post yang seterusnya ye. ok ni akak nak bagi details yang perlu uols bagi if nak order kek kahwin ea.


DETAILS ORDER :

  1. Nama
  2. Alamat 
  3. Kek berapa tingkat
  4. Jenis kek
  5. Tema
Whatsapp ke +601110292447